Thursday, December 31, 2009

PERMULAAN CUTI KAMI..


Maaf sebab lama menyepi,maklumlah,,balik cuti2 Semenanjung..tapi stat hari nih,blog ni akan terus-terusan di kemas..Buat masa ni,Shaheda take over tugas,sebab eda cuti lagi,pas ni,mcm biasa,baba lah take over..Gambar kat atas tu gambar time kitorang sampai kat KL..ABG YUS ambik kat LCCT sebab Kak Ida punya kereta ada masalah problem sikit,hehehe..Sampai je kat bumi Malaya ni,kami terus lepak2,minum2,makan2 kat umah Ayah a.k.a Anjang Mat2u..Masa ni,Kak Shena belum lagi jadik tunangan orang,hehehe..Dah lama x duduk borak ngan ayah,mak & semua..rindu abes lah...Petang tu kami pun bertolak balik Muar dgn Kak Ida..Nak tau cerita yang lain,kena tunggu lagi..hehehe..Ada banyak gambo lagi ni..Akan diposting lagi nanti..

Tuesday, December 29, 2009

TERIMA KASIH DAUN KELADI


1st of all kami sekeluarga nak ucapkan terima kasih banyak2 kpd pemilik 2 buah kereta kat atas tu iaitu En.Azman @ abg man & juga Cik Rashidah @ kak ida @ presiden gorgeous..hehehe..Dua buah kereta ini banyak berjasa kepada kami sepanjang kami berada di sana..Segala jasa yg dicurahkan kami ucapkan terima kasih yg tidak terhingga banyaknya....Buat pengetahuan semua kami telah selamat sampai ke Bintulu pada pukul 3.45 ptg tadi..InsyALLAH jika ada kelapangan waktu & juga cuti yang panjang kami akan balik ke Semenanjung..Akhir sekali selamat berblog & rumah ini akan di kemas dalam masa yg terdekat ini..hehe

Friday, December 18, 2009

PENGUMUMAN!!!






Salam maal hijrah buat semua warga MAT2U..JURIBLOG ada satu pengumuman penting untuk semua blogger MAT2U..Memandangkan sambutan mengnai pertandingan blog tercantik ini kurang mendapat sambutan,hanya 3 atau 4 blog sahaja yang bersungguh-sungguh mencantikkan blog masing-masing,maka dengan ini,JURIBLOG akan menamatkan pertandingan menghias blog lebih awal dari tarikh sebelum ini iaitu pada esok,19 disember 2009..Sehubungan itu,hadiah kepada pemenang akan disampaikan pada hari pertunangan SHEENA GORGEOUS yang bakal berlangsung pada hari sabtu minggu hadapan...Pemenang juga sudah dipilih oleh JURIBLOG dan hadiah juga telah pun disediakan..Pemilihan pemenang pertandingan ini tidak diselitkan langsung unsur pilih kasih kerana semua yang bertanding adalah dari kalangan keluarga kita sendiri...JURIBLOG juga ingin meminta kepada SIBER79 untuk memberitahu mengenai pengumuman ini di dalam blog KELUARGA MAT2U..Sekian..

MAAL HIJRAH 1431

KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI DUNIA INI, KAMI KELUARGA AJAQMAT2U INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1431,

KEIKHLASAN, KEJUJURAN,KEIMANAN SERTA KETAQWAN KUNCI KEJAYAAN DALAM MENGHARUNGI KEHIDUPAN INSAN,HAYATILAH NYA SEMOGA ALLAH SWT MENJADIKAN SUBUHMU CAHAYA, ZOHORMU GEMBIRA, ASARMU BAHAGIA,MAGHRIBMU KEAMPUNAN,ISYAKMU KEBERKATAN DAN DOAMU TIDAK DI TOLAK DAN DILUASKAN REZEKINYA.

JIKA SELEPAS WAKTU ASAR MENUTUP DOA HUJUNG TAHUN DAN SELEPAS MAGHRIB DENGAN DOA PEMBUKA TAHUN, KEAZAMAN, KETAQWAN TIDAK TERHENTI DISITU UNTUK PENGHIJRAHAN.

SEKALI LAGI KAMI UCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1431.

Saturday, December 12, 2009

SELAMAT ULANGTAHUN ABDUL KAHAR aka PAK ALT

Gambo lelama yang masih ada dalam simpanan ajaqmat2u

Tengok tu..gaya profesional dari Pak Alt..bakat semula jadi la katkan...

Kami dari blog Ajaqmat2u mengucapkan Selamat Ulangtahun untuk Abdul Kahar aka Pak Alt yang ke 50..Semoga panjang umo & dilempahi rezeki yang halal serta berbahagia di samping keluarga yang disayangi..

edit & posting by deaqzeera

Thursday, December 10, 2009

KEJUTAN BUAT BABA YANG TERSAYANG

Lihat la muke JURIBLOG aka baba..terkejut ke suke dapat hadiah kek yang di sponsor oleh mak...
Nie pulak hadiah yang dikongsi oleh kami bertiga..adieq,kakak & kak ruhy untuk baba..tali pinggang corcodile..time kasih kak ruhy..kalau ade mase datng la ziarah kami lagi

AKTIVITI KAMI DI SARAWAK...MARI SAKSIKAN...HEEEHEH

Sory gambo nie lompat2 laa pulak...nie nak tanye yang mane satu pensyarah & mane satu pelajar????macam gado je..heeeehheehe...sabo ae..jangan mara ae...malam 2 kami BBQ otak2,udang,sosej & sotong...meehun goreng pun ade..nanti kalau family mat2u dtg bintulu,, kita buat BBQ k...
nie pulak kak ina adik cikgu mas..
Nie jiran kami dari semenanjung yang pakai tudung biru bersama 3 orang puteri nya..
Ini lah ketua jabatan kejuruteraan elektrik di poli mukah.. Encik Razif bersama istrinya..kira bos Cik Ruhy laa..
Secara kebetulan pulak staf baba datang..Uncle Nazri & Uncle Warm... makan jangan tak makan..


Balik dari miri,kami buat BBQ..seronok..tengok la Cik Ruhy sedang membako otak2..ingat kat joho je ade otak2..kat bintulu pun ade laa..

Posing jgn tak posing..bergambar di puncak GRAND OLD LADY..
mesti family papa usu,abg awang & zairul ingat tempat nie..coz diaorg da pergi

Begini la keje JURIBLOG aka baba...dalam hotel pun sempat nak tgk FB & memantau BLOG MAT2U..

Ish ish ish..betul2 lapo nie..sampai snap pun tak perasan..heeheh


Ini lah pensyarah kakak..Cik Ruhiyah Nazihah...org ganu..senyum sokmo!!
seperti biasa di hari raya,mesti ade ketupat,rendang,sambal kacang
dan lodeh...Selepas solat raye kami ke Miri..tengok tu bile da lapo, berebut-rebut nak makan..termasuk lah pensyarah kakak..yang turut sertai kami ke miri..

Tuesday, December 8, 2009

MeeTIng,mEetiNG,meETinG.....


Nak bagi tau JURIBLOG aka baba akan menghadiri mesyuarat staf di HQ...Dengan penerbangan MAS pada pukul 2.30 ptg ini..Dijangkakan meeting sampai 11hb, hari jumaat...Nampak gaya nye.. mak,adiq n kakk kene tinggal lagi..huuhuhh

Tapi pada 19hb,kami ber4 akan pulang ke tanah air (wah mcam duk kat over c la pulak) hee~.. Tak sabo kami nak jumpa family mat2u..

Saturday, December 5, 2009

KEMPEN MAKAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN ( EDISI PENDALAMAN DAN BUAH HUTAN )

Haah..Kalau kat semenanjung kita panggil buah pulasan tapi kalau kat
sini ada yang panggil buah Lychee...Hee..Hee..Hee..
entah la lain padang lain belalang


Kat Sini rambutan kopek budak sekolah paling top..kat mana-mana akan jual rambutan ni...

Durian kampung ni rasanya sama je kat semenanjung....



Durian Kura-Kura, isi macam buah cempedak, rasanya tak lemak sangat, Untuk yang dah otai-otai tu bole makan kot..tak manis sangat la...

Ni Salak dari Niah..memang manis..yang indo punya pun tak bole lawan lah..
betul..betul..betul..


Tengok Sisik pun kita dah tau manis ker tak...tang kilat nya tu...orang cakap la...

Ni pulak buah mata Kuching dari Sibu, Bila dah di kopek....

Ni kira dah masaklah..kalau kat Semenanjung rasanya lain sikit...Kulitnya mengerutu..Ni kira dah masak walaupun kulit warna Hijau...Buah Hutan

Cuba anda tengok.... Sekali pandang macam buah apa ???..

Sekali pandang macam Telo Pindang kan...Bukan lah, ni Buah Longan Brazil..Buah ni pun dari Sibu gak..mahal oooh..Sekilo RM 8.00, Sedap gak rasanya..mcm kelapa muda laut..tengoklah andaikata adalagi musim nya hujung bulan akan diusahakan untuk dibawak balik..


Sementara menunggu EPL malam ni, Match of the week ...my paberet team Man City vs Chelsea dan dengan adanya masa yang agak terluang maka dengan pantasnya saya berusaha untuk mengupdate blog saya ini walaupun agak beezee dengan tugas baru di pejabat...

Tanpa membuang masa saya ingin memperkenalkan dan memaparkan gambar buah-buahan di Bintulu,Sarawak ini yang berkemungkinan ada 2-3 Jenis buah-buahan ini yang tiada dan mungkin tidak terdapat di Semenanjung..So, dengan itu boleh lah kita semua jadikan ianya satu lagi ilmu pengetahuan yang mungkin tidak mudah untuk diperolehi oleh semua orang.

Wednesday, December 2, 2009

SELAMAT ULANGTAHUN PAPA USU!!!





Bergambar bersama isteri tersayang di airport Bintulu
semasa hendak pulang ke Semenanjung..


Kami dari bumi kenyalang ingin mengucapkan Selamat Ulangtahun kepada ABDUL GHAFFAR BIN MOHAMED @ PAPA USU yang ke-55 tahun..Semoga papa panjang umur & di murahkan rezeki..Sentiasa gembira di samping isteri, anak2& menantu serta cucu yang dikasihi..

Walaupun usia papa usu sudah melewati 50-an,beliau tetap cool & activ..Papa usu sekeluarga banyak membantu kami sewaktu kami dalam kesulitan & kesusahan..Hanya ALLAH S.W.T sahaja yang dapat membalasnya..Bila lagi papa sekeluarga nak datang ke Bintulu??? Kami sentiasa menunggu..hehehe..

Wednesday, November 25, 2009

SELAMAT HARI LAHIR UNTUK EZA NAZEERA

HARI INI GENAPLAH USIA ANAK BONGSU KAMI EZA NAZEERA BERUSIA 15 TAHUN..DIKESEMPATAN INI BABA,MAK DAN KAKAK INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI LAHIR..SEMOGA ADIK BERJAYA DALAM PELAJARAN DAN KEHIDUPAN YANG PENUH DENGAN CABARAN DAN DUGAAN..SEBENARNYA BABA,MAK DAN KAKAK TELAH MERANCANG UNTUK MERAIKAN HARI LAHIR NAZEERA BERSAMA JURIBLOG PADA 27 HARIBULAN NOVEMBER SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA,DAN MEMANDANGKAN HARI RAYA ITU JUGA ADALAH HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN JURIBLOG BERTEMPAT DI HOTEL EVERLY PARK CITY MIRI..

ANDAI KATA DIKALANGAN KELUARGA MAT2U YANG INGIN MEMBERI HADIAH KEPADA EZA NAZEERA DAN JURIBLOG,MASIH ADA MASA LAGI DAN SEMPAT KALAU NAK DI COURIERKAN KE BINTULU..

Saturday, November 14, 2009

HOD MEETING


Salam Hormat..
Posting hari ini cuma nak memberitahu Keluarga semua bahawa JURIBLOG akan menghadiri mesyuarat syarikat Di Shah Alam pada 16-18 Nov 2009.dan akan balik ke Bintulu pada 19 Nov jam 11.30 Pagi..
Dengan itu JURIBLOG akan berlepas dari Bintulu pada hari Ahad ini 15 Nov 2009 jam 2.30 petang dengan penerbangan MAS.. So, dalam minggu ni Blog AJAQMAT2U dah tentu lah bersawang..maafkanlah kami..

Memandangkan waktu mesyuarat amat ketat dan padat maka andaikata blogger2 mat2u ingin bertemu sila SMS jer berkemungkinan kita semua bole berjumpa pada waktu malam...

Sekian

Wassalam

Tuesday, November 10, 2009

DAN TUNAI ATAU SEMPURNAKANLAH IBADAT HAJI DAN UMRAH KERANA ALLAH 'Surah Al-Baqarah ayat 196'

Sentiasa berdoa agar suatu hari nanti kami pun akan dapat mencium hajarul Aswad,sebiji permata putih yang diturunkan oleh ALLAH SWT dari langit ke Jabal Qubais..

Betapa Indahnya.....

Matar Bin Haji Mohamed & Azizah Bte Mohd

Puan Maheran Binti haji Mohamed

P/s : Gambar kak Kiah tiada dalam simpanan


'LABAYK ALLAH HUMMA LABBYK, LABBAYKKA LA SYARIKALAK LABBAYK, INNAL HAMDA WA AI NI' MATA LAKA WA AL-MULK, LA SYARIKALAK'

Tanggal 23 Zulkaedah 1430 Hijriah bersamaan 11 November 2009 Jam 0300 pagi Insyallah
dengan menaiki penerbangan KT 63 maka saudara-saudara ku ini akan berlepas untuk menunaikan Haji.

Kepada Puan Siti Maheran, En Matar,Puan Azizah serta Puan Kiah, Kami Sekeluarga mengucapkan selamat mengerjakan ibadah Haji.Semoga ALLAH SWT sentiasa memelihara & melindungi anda semua semasa Di Kota Suci Mekah dan selamat kembali ke Malaysia Bumi bertuah ini...

Saturday, November 7, 2009

MATCH OF THE WEEK CHELSEA VS MANCHESTER UNITED

Stadium Keramat Chelsea..Stamford Bridge...Stadium yang kurang bertuah untuk ManchesterUnited.. Betul ker..He.He.He..

THE BLUES.........Logo makhluk yang membawa Kunci Istana..
Man U ni lagi Ganas..THE RED DEVILS...

Pemain Chelsea Dengan Bergaya nya..

Man U pun bergaya gak..tapi Amri Yahya bole skor gol masa lawan Malaysia bebaru ni..
Tak lah terrer sangat Man U ni rupanya..he he he


Drogba Penyerang sensasi yang akan merobek gawang Man U..Bravo drogba

Semua kenal player ni kan..Napas dia ni mcm kuda..stamina dia wa respek beb..

Do re mi....Gang Chelsea yang membahaya ni...

Penyerang yang lincah tapi kurang berbahaya..tapi kalau tak lincah dia memang bahaya..eehh apa aku cakap ni..ahh tengok je lah..

Master mind Chelsea.. Lampard pemain yang matang..John terry ni pulak kalau
penalti jangan bagi kat dia jarang masuk...


Bila dah pencen nanti, bole lah nani kerja dengan sarkis....JAQMAT2U ada buat mcm ni masa masa main takraw..masa tu size pinggang 26 jer..sekarang ermmm....

Ballack Cool player..kira kalau kat Malaysia ni mcm Indera putra lah...

Ni wa pun Hero ni...Suka gaya dia.. walaupun umur dah banyak tapi
setiap game dia akan turun..

Striker Islam,Anelka..Penyerang diam-diam ubi ni..Slow tapi Berbahaya ni..

Tahniah kepada Wan Jamak kerana Menjadikan Negri Sembilan sebagai Juara Piala Malaysia..setelah 61 tahun gagal untuk menjulangnya..Walaupun game dicemari dengan dentuman mercun dan 2-3 kebakaran kecil namun Negri Sembilan tetap Juara..

Hari ini Jam 1600pm waktu tempatan diaorang lah, dua pasukan gergasi EPL akan berentap untuk untuk mendapatkan 3 mata yang amat berharga untu mereka...

Seperti Biasa AJAQmat2u sebagai blog rasmi rakan sukan untuk keluarga memosting kan gambar2 pemain2 untuk kedua-dua team untuk tatapan kita bersama..

Pastikan team yang baik saja yang akan menang..Cif Insp Roslan, Yus, Shaheeda, muheed,awang adalah fan setia Man U sementara Nazeera pula Chelsea Fan...AJAQmat2u pun jadi lalang untuk sokong Chelsea..He.He.He.

So, kepada peminat2 EPL sokong lah team anda dan jangan bawak mercun dalam stadium...