Friday, July 19, 2019

AjaqGorgeous Bintulu Trip 2019 - Part 2

Assalamualaikum and hai sekali lagi. So, post untuk kali ini adalah sambungan kepada Part 1 hari tu yer. Let's go !!

Day 3 (3 March 2019)

Good Morning Mukah ! Pagi tu kami check-out jam 10.00 pagi, selepas habis tgk Jula Juli, ada zizan and mira filzah, confirm lah mak nak tgk..Anyway, Thank You Kingwood !


So yeah, the small monkey belongs to adeq. Anyway, we all dari dulu suka reserved parking kat Kingwood ni, dari hilux, dmax sampai lah bezza ni.

Kami breakfast di Medan Selera Setia Raja. Kami ni bukan jenis makan breakfast yang berat-berat so decided nak makan yang simple jer. Breakfast kami is tauhu goreng, cucur udang & pisang goreng !

Our breakfast in Mukah

Lepas breakfast kami gerak ke Pasar Basah Mukah. This pasar ni fav kami sebenarnya, tapi memandangkan kami bukan berumah di sini seperti selalu, maka hanya mampu cuci mata jer. Pasar ni jual macam-macam dari yang basah sampai ke kering and also traditional food. 

Ni lah pasar nya

The awan yang memang menjadi favorite kami

Beli ma beli, semenanjung tak de ni :)

The geragau kering best tau, besar-besar saiz dia

Variasi buah-buahan tempatan mcm buah dabai, buah ucung, buah isau (local mata kucing)

Kami tak beli buah ucung ni, tapi buah rambai tu kami beli

Art wall tepi bangunan pasar

Murah kan buah rambai dia, manis pulak tu

Ni ikan salai ye kawan-kawan

Asam payak ! tapi tgh pantang masam, tak boleh makan, rindu zaman makan kat Poli dulu

 Ni fav adeq, dia boleh bedal 10 ekor secara solo

Sekali lagi geram sebab tak de dapur !

Obor-obor pun ada


Baby Shap ! Jangan pelik eh, yu ni banyak je dekat pasar sini, kadang2 ikan warna biru pun ada

Ikan-ikan 

The symbol of Mukah !

Lepas habis round pasar mukah, we all isi minyak dulu untuk pulang ke Bintulu. On the way balik tu, kami singgah Kingwood Resort pulak. Kawasan ni sunyi sikit, cantik memang cantik sebab depan laut, tapi sebab tak ramai orang, susah kami nak stay hotel ni. Biasanya just singgah ambik gambar, my first time ke sini pun time Annual Dinner Konvokesyen PMU dulu. Haha






We arrived at Bintulu around 2.00pm, itu pun sempat singgah ke bawah jambatan kuala tatau tu, carik makanan.. haha. Next, kami sambung stay di Parkcity Everly Hotel again untuk dua malam berikutnya. This time bilik kami tingkat 9, so nampak lah laut belakang waterfront tu.. Hotel agak full dengan kehadiran abang-abang baju coverall oren kat lobby. Sebab tu dapat tingkat 9 kot :). Petang tu adeq dan kawan sekolah dia buat small reunion, a very small one sebab 3 ketul jer. Pandai dia set place jumpa kat The Spring sbb The Spring ni sebelah hotel jer. Jalan kaki je we all

 Yes, Adeq tetap yang paling rendang.

So lepas asar macam tu, we all ke Pasar Nelayan dekat dengan rumah kami yg dulu. Niatnya, nak carik seafood nak bekukan, tapi tak de yang berkenan. Then kami pun singgah ke rumah Cikgu Yati and Uncle Ismail. Sepatutnya planning bertemu jiran kami, pada hari esok, tapi sebab Uncle kerja, bertugas demi negara esok tu, so kami decide dtg ptg tu. Macam biasa, spaghetti favourite kami ada sekali.


Lepas sembang-sembang, makan-makan, kami pun balik semula ke Hotel. Leka pulak maghrib awal dan kami ada SA Kargo Reunion malam tu. So, siap-siap, sambil tunggu Nameng, hantar kek kat hotel. 03 march is our special date, anniversary Ma n Baba ler. 

Kita order kek lain sikit tahun ni, alhamdulillah, most of them suka kek ni, sedap katanya.

Since baba dah lama tak jumpa staff dia di SA Kargo Bintulu, so we suggest, why not baba buat reunion with them ? So, selepas decide tarikh, person yang akan datang, so we all set tempat nak jumpa. Unfortunately, kami tak dapat jumpa Uncle Casey, one of baba best man kat sini. He passed away seminggu atau dua minggu sebelum we all fly ke Bintulu. Uncle Casey, you will forever be missed. Ada juga a few yang tak dapat join together as diorang dah kerja asing-asing, ada yang dah balik ke Kuching, so mana yang ada we all dapat jumpa. 






Till we meet again !

Day 4 (4 March 2019)

Good Monday Morning ! So, event pagi ini adalah mencari seafood :P Bukan mencari untuk dimakan di pagi hari, tapi mencari nak bawak balik semenanjung. haha. So pagi tu, kami ke tepi pantai ABF, biasanya, banyak seafood kat situ. Tapi bila sampai, cuma ada a few nelayan sahaja, tu pun banyak udang kecil. Kalau rumah kat sini, dah beli dah, boleh goreng je. Sekilo Rm5 tuu


Ni ada lah, Lobster, tapi besar jari je, so tak beli lah :)

Next, kami ke Pantai Tanjung Batu. Ni bukan nak carik seafood tapi nak berjalan. This place best, tempat baba release tension dia bila balik kerja. Ada a few changes, makin cantik. Glad diorang jaga this place.







Okay tudung bulat + selebet, baba je maintain haha

Destinasi seterusnya, Pasar Bintulu. Dua tempat wajib untuk dapat barang segar di rumah anda, Pasar Tamu Bintulu and Pasar Utama Bintulu. Sebelah-menyebelah je pasar ni. PUB more to buah, barang mcm santan and also Ikan. Pasar Tamu more to local food, mcm terung iban, ikan terubuk masin, belacan, sayur-sayur kampung and buah-buah local. 

Entrance of Pasar Utama Bintulu


Kat sini akhirnya berjumpa dengan udang yang diinginkan, tapi tak tau mana letak gambar :P

Kat pasar tamu ni, kami selalu beli ikan terubuk masin n belacan dekat kedai nenek. We all dua beradik memang panggil dia nenek dari dulu.. haha.. ikan masin dia fresh, baru and dia boleh bagi harga murah. Beli banyak lagi dapat murah. Kami beli hari tu berbelas ekor. Ikut kapasiti luggage untuk dibawa pulang. Nenek siap bagi ikan tenggiri masin free kat kami, panjang pulak tu ikannya. haha. Ikan terubuk yang besar tu pun nenek bagi harga terbaik. Kalau anda ke Bintulu, boleh ke gerai nenek okay.


Model sementara nenek packing ikan

banyak pilihan kan ? yang belah kiri yang ruang kosong tu ma dah ambik. hahah

Habis dah ikan di borong

'Datang Bintulu, jangan lupa kedai nenek lagi ya'

Udang di tangan, haha.. Style mcm duduk sini jer :p

 Varieties of fruit

Ma ni jenis yang confirm beli something kalau kat pasar tamu

Mana ma tak geram


 End of Pasar Tamu trip

So, next place is Farley. haha. Sebab ape ke sini, semestinya membeli-belah barang dapur. Tapi not our barang dapur lah. Baba found in FB that mosque dekat Dewan Martabat tu ada buat event untuk mereka yang memerlukan, kita fill up almari yang disediakan kat situ and mereka yang memerlukan akan ambil barang yang mereka nak untuk kegunaan seharian mereka. So, baba decide untuk join the event and giving back what he received here in Bintulu. Yup, pada dia, di sini dia mencari rezeki, di sini juga dia harus berkongsi rezeki. 








Semoga kita semua dimurahkan rezeki 

Next, sugarbun ! haha, this one memang favourite sejak menjejakkan kaki ke Sarawak. Actually, first time i makan di Mukah. 2009 mcm tu, then balik Bintulu, try to persuade my family untuk try. And berjaya. haha. Sugarbun antara port wajib bila mak malas masak, bila boring makan mcd and also bila berbuka puasa. Orang akan cakap, alah, kat KL pun ada.. Tp feel makanan ni kena lah makan di Sarawak..kan ?



Selepas all the activity done, we all pun balik ke Hotel. Penuh abg ber coverall kat lobby tu. Baring-baring and me and adeq decide utk ke The Spring. Tujuan ? Ke Mr.DIY. G Mr.DIY carik bubble pack, selotape, ke Popular carik recycle bag dia yg besar tu. And keluar ikut pintu blkng, sbb baba n mak dah tunggu kat pool, nak lepak tepi water front katanya.

Abang ni mancing, and baba yang gigil tgk

Ni perkara biasa, kalau cool gini tak pe, jangan yang berlari berkejaran tu, kita lari dulu

Sunset

Posing duluuu


Sementara ma n baba berborak dengan jiran floor bawah kat everly ni


Let's go balik bilik, siap2 nak gathering kat A4 malam ni



Malam tu, kami ada gathering dengan jiran-jiran kami di lorong A4, jiran depan rumah, Uncle Man n jiran kanan rumah, Cikgu Karim. Rasa mcm duduk situ jer tau. Rumah pertama kami pegi rumah Cikgu Karim. Atok n nenek je tak de, balik Kuala Tatau. Laksa Sarawak memang wajib lah kan. And terima kasih Cikgu Karim & Aunty Mas bagi buah tangan untuk kami bawak balik Semenanjung :)

Laksa Sarawak ada, kek lapis ada.. Memang sedap :)

Best Neighbor :)

Tinggi sama dengan Yana yang Darjah 6, Yana terlebih tinggi ke Adeq yang Terkurang tinggi ?

Next rumah, rumah Uncle Man. Masa saya ke Bintulu tahun lepas, dekat 10 kali uncle ckp, "Padah ngan baba, dtg bercuti di Bintulu tok,' haha. So dapatlah berjumpa. Aunty Timah masak Laksa Sarawak, and cempedak goreng. We are so in love dengan Laksa Sarawak dua buah rumah ni. Haha. Borak sampai malam, sampai tak ingat Sarawak malam nya cepat sunyi. haha. Thank you Uncle Man bagi kek yang lain dari yang lain. Memang betul boleh tahan setahun dalam fridge kek tu. Siapa yang datang beraya di Muar hari tu dapat rasa Kek Buah sedap tu. Mira je kami tak dapat jumpa, nun jauh di Kuching :P



Best neighbor of us :)

So, for us, Taman Sibiew Indah memang jauh beza. Tapi tetap feels like home for us. Dari depan rumah, boleh nampak bangunan tinggi yang diorang tgh buat, dah terang dah airport lama. 

After habis menziarahi jiran-jiran kami, so tanpa melengahkan masa kembali ke Parkcity Everly Hotel. Malam tu agak packed sebab ada event dekat ballroom. Ada menteri rasanya, and we all just chillin kat lobby and naik bilik, tidur.

Muka konon-konon comel by Adeq

So thats all for this Part 2, nanti i sambung the final part of the trip, the last day we in Bintulu. And also some guide list for those yg nak ke Bintulu okay. Thank you for singgah and baca. Assalamualaikum :)









No comments:

Post a Comment