Thursday, October 31, 2019

AjaqGorgeous Bintulu Trip 2019 - Part 3

Assalamualaikum and Hye !

My mission is tak nak update lambat, so I cuba update sepantas mungkin. This posting are about our last day in Bintulu and i will share also some expenses yang you all need to prepare if ada kat sini and Mukah okay :)

Day 5 (5 March 2019)

So, that morning, we all sekali lagi breakfast di Assyakirin Kitchen. Huhu, dah nak balik ke Semenanjung kan. Tapi kali ni, breakfast session kami ditemani Uncle Sabri / Capt Sabri. Kalau ikut sejarah, memang panjang nak cerita. But kena cerita juga. When we moved to Bintulu back in 2008, i jumpa someone, Anna yang tegur we both born in the same hospital in Muar, So, we all pun exchanged numbers, chat around, until hari raya. Anna invited us to come to her house. So masa dtg tu, sembang macam biasa. Mcm kenal lama lah kan, so baba and uncle Sabri ni rupanya satu sekolah, but senior and junior lah, baba senior dia. Then bila nak balik tu, my ma tanya kat mama anna, nama penuh and taraaaa !!! They are both best friend since sekolah yang dah lamaaaa tak jumpa. Starting from that day, semakin rapat and akrab until now. Since Mama Azie ada kat KL with Anna and her family, so kitorg hanya jumpa Uncle je kat Bintulu. Mama senang je nak jumpa sebab ada kat sini.



The kuah with no taugeh is mine ! Taugeh semua dah bagi adeq :P

After breakfast, we all pun balik semula ke hotel. Malasnya nak balik. hahaha.Baju semua we all dah packing semalam, so dah tak banyak benda nak buat. We all check out around 12.30pm, Thank You Everly for the extra time they gave us and a great place to stay. So, first thing we do is, baba nak solat at Masjid Assyakirin, one of the main mosque in Bintulu. Selalu baba solat jumaat or singgah solat kat situ. After solat, we all pun meneruskan misi mencari kek lapis Sarawak. Basically, we all jarang beli kat Bintulu. Selalunya setiap kali raya, we all beli dari Kuching. Or kawan-kawan buat yang homemade, staff baba bagi, jiran2 bagi. If kat Semenanjung, we all beli dari Dapopuro and aza kek lapis homemade, And this time, we frequently dapat kek from this kedai in Bintulu, so memandangkan ada kat Bintulu, then ada yang kirim, ada yang ma nak bagi orang, so we all pun ke Kek Lapis Warisan Jarah. You akan rambang mata sebab ada banyak perasa, jenis, saiz dan corak yang ada. 

Yang ni pattern lain

See, 100% Butter boleh tahan sehingga 6 bulan tau

Kira berapa banyak nak kena beli

Ni antara fav me and adeq sbb mix dgn chocolate, milo

Banyak pilihan kan

Datang je ke kek lapis warisan jarah, insyallah jumpa ready stock

Next place is Bintulu Commerce Square, Kat sini still kosong, we all just ke sini untuk jumpa Melissa, tapi dia takde pulak. So kitorang just shopping kat kedai dia je kat Segong Handicraft, a perfect place if you nak carik kraftangan from Bintulu or Sarawak. Kitorang banyak tempah pearl/mutiara from dia. Rantai and gelang mutiara, semua dia buat.

Segong Handicraft


Setelah membeli, next stop is Tanjung Kidurong punya industrial area. This place mostly for baba lah. Bintulu port, menara kidurong, and also MLNG area. Tempat bertugas lah katakan, habis semua jalan dia lalu. and ada yang dah berubah dah jalannya sampai boleh tembus belakang CMS Cement, tempat i practical dulu. hahaha

Menara Kidurong

MLNG 

So, we spend our time well, by visiting adeq school, SMK Baru Bintulu, bergambar depan sekolah je, takut nanti orang ingat dia study situ. Ponteng sekolah. Haha

Adeq's School

 She made it since Form 2 until Form 5 here. The longest school she attend in her life i guess. Sbb we all banyak pindah sekolah. haha

We all singgah rumah Cikgu Yati sekejap, ambil barang yang we all letak kat rumah dia, then singgah McDonald's kejap untuk late lunch and after that straight to the airport, nak balik dah ! Jalan agak jammed, but we made it through. So we wait for around 15 minutes, until tuan punya kereta sewa ambik semula kereta dia. And we just chillin kat airport bintulu until our departure time. Sebelum depart tu, Uncle Man call baba, ckp jgn check in dulu, nak jumpa. We all mcm pelik sbb dah jumpa semalam. Then kitorang pun tunggu lah sampai Uncle Man, Aunty Timah sampai. Rupanya nak bagi barang. Thank you so much Aunty Timah. Ayam Masak Merah aunty memang terbaik, huhu, kitorang flashback rindu aunty punya masakan je malam tu, sekali esok aunty bagi. Kitorg tau pun masa dah sampai rumah and bukak. Menangis terharu i and adeq.

                                                         
Waiting for our flight with AirAsia Passengers too

Time to go home !




Night view from flight


Kitorang layan cartoon je on board, zootopi kot.. hahaha

Muka stress sbb duduk asing-asing

Dah nak sampai KL

Thank You MAS cabin crew for the best moment we had on board.

This guy antara reason our flight jadi sangat gembira. Other than the celoteh dgn geng crew dia, dia boleh kasi suspen kat baba. Haha, dia mintak boarding pass, ckp ada barang tinggal di btu, Then blur lah, sbb semua barang legit je lepas time check in, Lama dia suruh kita fikir, ada tak barang tinggal. Bila kita ckp tak da, dia bagi nya kita kacang MAS ni, hahaha. Dia kata rasanya, abg suka kacang MAS ni kat baba

Thank You Mr.Farouk !

Beg beranak itu normal :)

Touch Down = KLIA

Seriously, we all tak pernah lupakan Sarawak. Especially Bintulu, dekat sangat di hati as kat situ kitorang membesar as teenage, kat situ family bonding di uji, kat situ we all finished our school. Kat situ baba cari rezeki, kat situ kitorang belasah cakap semenanjung bila mak cik jual ikan cakap sarawak. Haha. Mukah also are a part of our memory, Next Miri. Insyallah, Miri next year kita jejak semula. So below is sedikit pekongsian berkenaan trip ke Bintulu. Boleh refer kalau ada yang nak ke sana ya.

1) Hotel

Bintulu = Parkcity Everly Hotel

I book this room through traveloka. Traveloka ni senang sebab dia dah kira siap-siap tax and all. We book for 1 malam je sebenarnya sbb kononnya, decide nak ke hotel lain after balik dari Mukah, But we end up book sekali lagi through Traveloka untuk 2 malam seterusnya. Hotel ni best untuk siapa yang sukakan scenery laut. Belakang hotel ada waterfront, boleh jalan-jalan. The best part of the room itself buat kitorang suka stay sini. First, this hotel ada bathtub, haha. Second, katil dia. even dia tulis standard room double bed, yang nampak mcm single bed tu, tapi it is actually a queen bed. So one room can fit up to 4 people. Next, this hotel bersebelahan dengan The Spring Bintulu. A recent shopping mall time kitorang ke sana. Jalan kaki je, dalam 5 minit. Lalu waterfront pun best, sbb boleh laa cuci mata dengan keindahan pemandangan. And check in time dia, rezeki rasanya, Kami sampai at 11am masa tu, and terus tanya untuk check in, sbb usually check in di Swk pukul 2 pm, alhamdulillah rezeki, kalau ikutkan just nak confirm booking, sekali tu dia bagi kunci bilik sekali. and for the stay, kami dapat check out around 12.45pm. Thank you Everly staff ;)
Room rate masa tu = RM 130.00 without breakfast, Tp kalau tgk skrg, mcm dah naik sikit price dia, anyway, it's all about luck and research kan.

Mukah - Kingwood Hotel
Hotel ni adalah hotel kebiasaan setiap kali my family ke Mukah. haha. Since registration dah kat sini. Actually dah book hotel lain, pastu tetiba, baba cakap, Kingwood lah kak. Nasib belum bayar deposit. Rezeki kami, bilik ada kosong, terus check in. And the best part is, diorang ada offer, satu bilik for only RM 99.00 ! Me and adeq terkejut and the receptionist cakap, diorang ada March offer. And dapat lah save around RM 50 mcm tu. I tak ingat berapa harga asal bilik ni. And once again, the room with 2 bed, fit enough for 4 of us.

2) Makan

For makanan, we all actually, jenis tak survey, mana makan sedap, kat mana tgh top, haha. Main belasah je, janji halal. 
- mee kolok, mee jawa, laksa sarawak kitorang makan di Assyakirin Kitchen.
- Sugarbun sbb favourite fast food made in Sarawak
Other than that anda boleh google. haha

3) Kereta sewa

This one actually ada banyak piihan. Boleh nak book di airport terus atau carik through member. Kami dapat satu number ni, kenalan kawan adeq, So we direct deal dengan dia, and dapat bezza. For 5 days +- tambah jam lagi, around RM570.00 tu include charge kita bawak kereta keluar dari Bintulu and extra time. Berbaloi jugak, sbb dapat kereta baru. haha. Nak number dia boleh inform i. okay

4) Ikan Terubuk Masin & Kek Lapis

This part i dah post sebelum ni. Ikan Masin i ambik direct di Pasar Tamu, ikut harga pasaran ikan, saiz ikan and tahap kesegaran ikan tu. Kat situ jugak boleh beli belacan, cencaluk and lain-lain.

Kek Lapis pun ada banyak je jual, di New World Park City ada, tapi kami beli di Kek Lapis Warisan Jarah. Boleh waze, sbb kami pun waze. haha. Ni pun sama, harga bergantung pada jenis kek, keunikan kek tu, and also perisa kek tu. Beli campur2 lah, boleh makan banyak. haha

5) Flight Ticket

Yeah, this one bergantung pada rezeki juga. We all actually saja sembang pasal Bintulu. Sekali tu terus survey ticket, and MAS tgh offer. Our flight ticket around RM 1500.00 untuk 4 orang included sekali insurans. Murah kan ? Terus book on that time jugak So rajin-rajin search ticket okay. Tak kisah lah airlines mana kan. AirAsia okay, MAS pun okay. 

So, itu sahaja dari kami untuk trip ke Bintulu. Ambil masa hampir setahun jugak lah nak update. Haha. Maafkan saya ya. Dan saya perasan yang bahasa saya sudah campu-campur tulisannya. Dan bahasa inggeris semakin berleluasa. haha. Insyallah nanti saya upload dalam bahasa Malaysia sepenuh nya ? Ye ke ? Tak kisah lah bahasa apa pun kan, yang penting kita dapat kuasai bahasa tu. Next story ? Tunggu.... Semoga Allah permudahkan urusan kita semua, till next time, Assalamualaikum..








No comments:

Post a Comment