Sunday, December 5, 2010

SALAM MAAL HIJRAH 1432 !!

-Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.Maka sesiapa yang membaca doa ini,Syaitan berkata,`Kesusahan bagiku dan sia2 lah pekerjaan ku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah S.W.T binasakan aku satu saat jua dengan sebab membaca doa ini,Allah Ampunkan dosanya setahun'.



-Doa Awal Tahun ini di baca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram.Sesiapa yang membaca doa ini,Syaitan berkata `Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini.Kerana Allah S.W.T telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan'.

-Gambar ihsan Kak Fauziah Ismail dan Alam Maya Liyana


Kami dari Ajaqmat2u ingin mengucapkan Selamat menyambut Awal Muharram 1432H.
Bagai kan tidak terasa akan kedatangan nya..

Memang tidak dinafikan terlalu banyak dugaan dan ujian dalam keluarga Mat2u pada tahun yang lepas...Antaranya seperti :
  • Allahyarhamah Mok De Echah telah kembali ke Rahmatullah.
  • Sulong Bahari kemalangan gara-gara nak makan KFC.
  • Haji Ahmad Ismail a.k.a Pak Ngah di masukkan ke hospital Muar.
  • Allahyarham Pok De Jantan@Mustafa telah kembali ke Rahmatullah pada bulan 10 yang lalu.
  • Akhir sekali,Kembalinya kekanda tercinta Allahyarham Haji Mohd Satar Bin Haji Mohamed pada bulan november.
Namun begitu tidak kurang juga kisah bahagia yang menghiasi kehidupan kami pada tahun ini..
  • Pada bulan Jun kami sekeluarga telah mengadakan majlis doa selamat di Rumah Bonda Puan Hajah Ramlah Bt.Hassan.Selain itu kami juga dapat menyempurnakan hajat Allahyarham Pok De yang bersungguh-sungguh ingin menikmati telur ikan terubuk masin yang memang di beli khas dari Miri..Allahyarham Pok De menelefon Faridah a.k.a Mak Jak (mesti dptkan jugak walaupun sikit sebesar ibu jari pun xpe,lepas ni kalau abg x dapat makan pun x pe janji abg dah rasa)..masih terngiang-ngiang lagi suara Allahyarham.
  • Pada majlis itu juga kami dapat berkumpul bersama semua ahli keluarga Mat2u terutama keluarga Mazlan Mat2u,Nyah Mat2u,Andak Mat2u,Maheran Mat2u,Matar MAt2u,Ghaffar Mat2u,Gayah Mat2u,Atan Mat2u,Anjang Mat2u,Alt Mat2u.Tidak dilupakan juga pertemuan bersama Malik Yasin sekeluarga,Rashid a.k.a Acid sekeluarga dan juga sahabat baru kami En.Sazly @ wakly dan isteri Qistina@Ana Hassan..
  • Ogos yang lalu,Izyan Farhani Abdul Kahar,melangsungkan pertunangannya.
  • September pula,Nur Asheena Amir Hamzah melangsung kan pernikahannya bersama Mike Oden dan pada hari yang sama Nur Mariana Amir Hamzah telah dipinang dan bertunang dengan jejaka misteri bernama Saiful..hehe
  • Oktober pula mendapat khabar gembira dengan panggilan Haji,Bonda Hajah Zainab ke tanah suci.
  • Birthday party AjaqMat2u & Nazeera AjaqMat2u diadakan pada November bersama-sama jiran2 tetangga.
  • Disember ini pula,sedang menunggu ketibaan Bonda Hajah Zainab pulang ke tanah air.
Harapan kami pada tahun baru yang akan tiba beberapa hari lagi ini,Semoga seluruh ahli keluarga Mat2u sentiasa di berikan kesihatan yang baik,dimurahkan rezeki,dipanjangkan umur serta sentiasa dilindungi dan diberkati Allah S.W.T..