Friday, March 22, 2019

AjaqGorgeous Bintulu Trip 2019 - PART 1

Assalamualaikum and a very good day to all of you ! Lama sungguh tak update, semenjak ada facebook, instagram and also of course whatapp ni, blog semakin dilupakan. Maklumlah, fast update. Phone pun makin canggih kan. So, umum mengetahui yang kami dah 5 tahun lebih pulang semula ke semenanjung, tidak lagi ber mastautin di Sarawak. Namun jujurnya, kerinduan tak kan pernah padam, memori tak kan pernah hilang. So basically, we plan out last year. Sbb eda janji dengan all my neighbors there yang baba, ma and adeq akan ke Bintulu jugak this 2019 time eda short escape to Bintulu last year for my friend wedding. Haha. 

So bermulalalah sesi explore tiket flight di AirAsia and also MAS. Hari-hari scroll, hari- hari search, then rezeki berpihak kepada kami once MAS lebih murah. Tanpa membuang masa, terus book and alhamdulillah, we got our ticket. Bila dah book ticket, otak ni dah ligat fikir macam-macam. Mana nak pergi, buah tangan apa nak bawak dari semenanjung, nak stay hotel mana, nak sewa kereta, nak makan kat mana, nak buat apa.. All of that ligat dalam kepala. So our first step is booking hotel. Nowadays tak payah call hotel lagi, open apps je, fav apps ? Traveloka lah. Book hotel by apps je, senang. No worries, i will share all the prices and expenses later, so you know lebih details okay. So, now, let's start our journey !

Day 1 ( 1 March 2019)

Our flight ETD is 8.30am. So we all mintak uncle syed and aunty rose tolong hantar kami ke KLIA. Before Subuh around 5.30am kami bertolak. 

See our bag ? Orang kargo kan, boleh seal film sendiri :)

Feeling ? So excited lah ! We perform Subuh at KLIA. The surau are very clean and telekung pun banyak. After Subuh, we all terus boarding, singgah celah-celah perfume and berjaya kawal nafsu dari membeli. haha. Our gate is A9, which is jauh tapi sebab tak sabar, so ape ade hal. haha. So, we boarded agak awal, and just bersantai and macam biasa, update status, stories and all.

There you go, our steel big bird and our breakfast too :)

 So, around 8.10am, finally we on board. The feeling mcm you first day pindah Bintulu tau. Haha.



 And we sat in flight, me duduk terpisah sikit dari mereka bertiga and this flight, pakai aircraft lama. Dengung sikit baba kata..haha. So the breakfast are Nasi Lemak Sambal Udang and also Sweet Sour Chicken. 





So other than makan, we had our own activities dalam flight. Baba with his movies, ma with her photography session, adeq with her books, and me of course my 'plant vs zombies' games..




We arrived at Bintulu Airport around 10.40am and macam biasa, beratur at Immigration untuk ambik resit and tunggu luggage.

Muka orang excited ! 

Ni pun sama, muka-muka excited

Then nak keluar dari Immigration area baba terserempak dengan kenalan dia, En.Aziz, husband to his staff.

Trip kali ni, kami naik teksi untuk ke hotel. Biasanya, kalau balik dari semenanjung, staf-staf baba akan ambik and hantar ke rumah, tapi kali ni berbeza sebab kami datang untuk bercuti. So baba suruh carik teksi, and secara jujurnya, saya sangat cerewet dengan teksi. SANGAT ! So untuk tidak menjadikan teksi sebagai isu besar, saya choose Executive Taxi as our ride. Teksi Innova Biru tu. Harga dalam Rm 45.00 sampai ke ParkCity Everly Hotel. Lagipun with our luggage, teksi kereta sedan tak muat kan. Booth taxi ni hujung tepi sekali, paling dekat dengan arrival side. So, Uncle ni, I don't remember his name, Morshidi kot, are a fun person. Kenapa ? Sebab dia borak dengan baba sampai hotel. Terutamanya hal-hal MLNG. Diorang kenal orang yang sama and tahu banyak benda sekali. We all dengar je lah, haha. Banyak benda berubah, even jalan belakang area perumahan kami pun dah berubah tau. Dah ada bangunan baru, jalan baru and Uncle teksi tu cakap, jalan-jalan lah ke The Spring, sebelah hotel kamu ni saja. 

Banyak perubahan dah jalan airport ni

Kami sampai hotel, Parkcity Everly Hotel around 11.40 am. Macam yang saya cakap, saya dah book through Traveloka a month before, sejenis penyakit suka book awal. haha. Harga bilik yang saya dapat is RM 157.00 including tax and all. Harga yang sangat puas hati sebab dapat bilik yang luas, 2x katil super single yang muat 2 orang satu katil. Then dalam bilik ada bath tub, hot water, tv, fridge and also wifi yang pantas. Swimming pool of course ada. Haha. Satu lagi special nya our trip, kami dapat check in bilik seawal jam 11.45am. Standard waktu check-in di Sarawak 2.00pm, and bayangkan, pukul 11.45am you process document and dapat kunci bilik terus. Thank You Everly !

Our room number for first day !

Baba love the chair and the wifi !
After check-in, kami turun ke Cafe Hotel untuk minum-minum. Penat woo, walaupun 2 jam lebih je on board. Sambil-sambil cuci mata, tengok pool then we decide untuk sambung our stay kat Bintulu di Parkcity Everly Hotel je. Terus-terang, hotel banyak sekarang ni di Bintulu. Tapi baba lebih suka di Everly, why ? Nanti i cerita. haha. We had our lunch kat The Spring, Bintulu, Betul-betul sebelah everly ni, jalan kaki je lah. Banyak shop lot kosong lagi, baru lagi kan. So we had our KFC and baba teruja duduk dekat belakang sekali, sbb view facing waterfront !

See, baba paling excited, walaupun panas!

So, after asar, we all tunggu our kereta sewa. Kereta ni we all book from semenanjung dengan pertolongan kawan adeq kat sini. Mula-mula nak myvi, then teringat luggage banyak and end up dia offer bezza to us for 4 days with price including bawak ke luar Bintulu. Servis best sebab dia hantar kereta sampai ke hotel, and dah siapkan isi minyak full. haha. So macam biasa, rutin harian sepetang di waterfront Bintulu. Best place ever for us.

Again, baba and his favorite place. Sebab tu i cakap baba suka everly :)

Jogging path

And beautiful view

So next place, kitorang buat suprise kat our favorite doctor at Bintulu, Dr.Anand ! I sendiri terkejut, sebab bagi ic, keluar record lama.. haha.. simpan lagi rupanya. 6 years dah kot. Actually memang dah plan nak ke klinik doctor anand ni, nak kan kepastian on my problem. Doc sini cakap ni, ubat ni. Tapi still sama, and i bertuah sebab ke bintulu, dapat jumpa Dr.Anand and ubat dia okay. See, mengada sungguh. Memandangkan ma pun batuk, so jumpa Doc terus. Alhamdulillah, kurang batuknya. So, bukan saya je mengada okay !

Baba and his doc bff

Btw, It's KLINIK MEDAN SENTRAL okay.

Malam tu kami decide nak ke Parkcity Mall, sebab ? Saje jalan, test drive kereta and nak carik selipar. ahaha. So sementara jalan tu, tiba-tiba ada brother ni tegur baba, 'Ingat saya lagi tak ?' Maka blur seketika, then dia sambung 'Saya pernah pasang kipas, buat wiring rumah kat sibiew' Baru lah clear siapa empunya diri. Encik Shahran,Tak sangka dia kenal lagi. Famous jugak baba ni :)

So that's all for DAY 1. Next Day 2, the road trip :)


DAY 2 (2 MARCH 2019)

Day 2! So kami dah buat plan dari KL lagi untuk ke luar kawasan selain Bintulu. First, macam nak ke Miri, tapi suddenly baba cakap, kita ke Mukah lah. Lama tak mukah. It's a deal then. So pagi tu. siap-siap kan beg, kami check out around 10am. We had our breakfast kat Assyakirin kitchen, as usual, mee kolok and mee jawa.

The hungry baba haha

The best mee kolok ever, and tak sure mana perginya gambar mee jawa :P

Lepas isi minyak and set up things, kami bergerak ke Mukah around 11.15am. Special nya kali ni, kami tak lalu jalan tatau dan selangau tu. Sebab baba awal-awal dah decide nak lalu jalan baru. So we check waze, and cepat sampai berbanding jalan lama. Jalan baru ni kita kena lalu Jalan Airport, Masuk ke Jalan Kg.Jepak, terus ke Kuala Tatau and naik jambatan baru. Dulu kami lalu sungai bawah tu untuk cross rumah atok and nenek, tapi sekarang dah boleh naik jambatan jer, Jalan yang elok tapi sedikit bumpy. So jangan laju-laju tau ! Tapi sebelah Sarawak ni banyak guna hilux or senang cerita 4wd, so tak de hal sangat. We all sampai Mukah around 12.40pm, so impressive trip ke Mukah ni, cepat sampai. haha. Kalau tak, 5-6 jam time jalan selangau rosak, 3-4 jam bila dah elok sikit. Tu few years ago lah. :)

We on a roadtrip !

Yeah, mcm biasa, serious dalam camera sahaja :P
  
see, dekat je kan. haha

Ni signboard before jambatan baru

Yeah, there you go. Nampak jambatan itu ?


This simpang sangat penting tau, haha. 

Ikut sahaja signboard itu. 

Simpang ni adalah simpang untuk ke jalan selangau. Selalu nya datang dari yang Bintulu and Sibu tu

Look how pretty the yellow bridge is

This bridge ni simbolik kita dah sampai Mukah, dulu call mak ckp je dah sampai jambatan kuning


Welcome to Mukah !

Sesampainya di Mukah, first thing kitorang buat ke Watson's. haha. Nampak macam tak de ape-ape yang menarik kan, tapi pada saya sendiri, ini sesuatu yang menarik sebab time study kat sini dulu, tak de watson :( . Then selesai semuanya kami decide nak makan, cari kedai pening-pening sikit sebab dah lama tak pergi, so we all tak tau it's the same shop or kalau kedai baru kita tak sure pulak boleh dimakan atau tak kan, so last-last kami check in hotel dulu. Ni kelakar sikit, actually kami plan hotel lain, siap book and call dua minggu sebelum depart, tapi tiba-tiba baba decided nak tukar. Baba & Ma nak hotel biasa kami stay, Kingwood Hotel. So, call hotel L yang sepatutnya kami check-in, cancel and terus check-in Kingwood. Rezeki kami, kingwood tengah buat offer, semua bilik sama harga. Kami makan tengah hari kat kedai tepi hotel je. Naik bilik and rehat dulu. 

This is our hotel ! 10 years ago, ni hotel paling baru tau kat Mukah. 10 tahun lepas lah..

Yeah, dah dapat key card!

Check-in and posing ! Lighting bukan main terang. haha

This baju we all buat untuk family day mat2u, nanti i upload story family day pulak ok

Favorite items baba, kumpul jer semua.

One thing i love the most about Sarawak, all the sudu and garpu akan direndam dalam air panas

Then, as usual after asar, sebab asar awal kat sini kan, we decided nak round mukah. So bermulalah perjalanan tanpa bertemu traffic light sepanjang jalan ni. Best woo, tak payah tukar gear, sebab tu bawak manual kat sini relax jer :p . So next check point is Politeknik Mukah Sarawak. Last i sampai sini on 2013, graduation day. See, berapa lama tinggal tempat ni. So posing sikit dulu !

Belanja sekeping je cukuplah, asal kan i ingat asal usul . haha.

So, lepas ke Politeknik Mukah, dinner time ! Seriously kalau google, banyak dah tempat makan best kat Mukah ni, either for seafood ke tak. Tapi sebab we all ni bukan jenis foodhunter traveler punya type, so jenis tanya kawan-kawan and makan jer. haha. So we moved to D'Arena Seafood dekat Petanak. It's our first time and kami makan Nasi Goreng Udang Laut, Sotong Goreng Tepung sambil menikmati sunset belakang kedai ni. Boleh tahan masakan nya, udang dia manis dan besar !

See, nak romantik picture with whitey kat belakang tu.

Cubaan kali keberapa ambik gambar ni. haha

Still, mencuba

Sampai je makanan, lupa bergambar dah.

An evening in Mukah, a place like no other

After makan, we all singgah di Glory. It's a supermarket. Tempat favorite student PMU ni. Sekarang i tak tau lah. Tapi kalau dulu rasa macam pergi Giant je Glory ni. Singgah pun macam biasa beli kudapan :) 

Kenapa senget ? Tanya adeq, 10 minit dia kat depan cermin ambik gambar 

Hasil from adik after 15 minutes.boleh lah dari yang lain :p


This one is mine. One shot taken !

So, sampai di sini sahaja dulu update dari kami. Tunggu Part 2 pula yer. Nanti kalau create banyak-banyak pening pulak orang nak baca! Part 2 insyallah saya post up next week. Assalamualaikum :)