Friday, December 17, 2010

PEMBERIAN POS DARI ATUK NAB KE BINTULU ! TERIMA KASIH !!



yum . yum . akak suap kan !! haha
pembahagian jajan sedang dijalankan .
mak cakap ,adeq macam Ali Baba , akk pulak macam Madiha .. haha
Peace !! haha . Jubah adeq labuh gile .. hehee
Haji ni macam nak ambik gambo pastport , serius nye !! hehe
Haji & Hajah yang Glamour gitu .. hehe
Haji Abdul Razak & Hajah Faridah

fuyoo !! Atuk anto Maher Zain la !! (tp , gambo je la) hehe
inilah rupe nye bungkusan hitam yang disebutkan .. hehe


Assalamualaikum .Kami telah menerima sebuah bungkusan hitam yang telah di disediakan oleh Atuk Nab dan telah diposkan oleh Nya-nya (Fauzi) .
Terima kasih banyak-banyak kami ucapkan kepada yang telah mengirimkan barang-barang yang telah dibawa pulang oleh Atuk Nab .
Kire jajan la ni .. hehe ..

Sunday, December 5, 2010

SALAM MAAL HIJRAH 1432 !!

-Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.Maka sesiapa yang membaca doa ini,Syaitan berkata,`Kesusahan bagiku dan sia2 lah pekerjaan ku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah S.W.T binasakan aku satu saat jua dengan sebab membaca doa ini,Allah Ampunkan dosanya setahun'.



-Doa Awal Tahun ini di baca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram.Sesiapa yang membaca doa ini,Syaitan berkata `Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini.Kerana Allah S.W.T telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan'.

-Gambar ihsan Kak Fauziah Ismail dan Alam Maya Liyana


Kami dari Ajaqmat2u ingin mengucapkan Selamat menyambut Awal Muharram 1432H.
Bagai kan tidak terasa akan kedatangan nya..

Memang tidak dinafikan terlalu banyak dugaan dan ujian dalam keluarga Mat2u pada tahun yang lepas...Antaranya seperti :
  • Allahyarhamah Mok De Echah telah kembali ke Rahmatullah.
  • Sulong Bahari kemalangan gara-gara nak makan KFC.
  • Haji Ahmad Ismail a.k.a Pak Ngah di masukkan ke hospital Muar.
  • Allahyarham Pok De Jantan@Mustafa telah kembali ke Rahmatullah pada bulan 10 yang lalu.
  • Akhir sekali,Kembalinya kekanda tercinta Allahyarham Haji Mohd Satar Bin Haji Mohamed pada bulan november.
Namun begitu tidak kurang juga kisah bahagia yang menghiasi kehidupan kami pada tahun ini..
  • Pada bulan Jun kami sekeluarga telah mengadakan majlis doa selamat di Rumah Bonda Puan Hajah Ramlah Bt.Hassan.Selain itu kami juga dapat menyempurnakan hajat Allahyarham Pok De yang bersungguh-sungguh ingin menikmati telur ikan terubuk masin yang memang di beli khas dari Miri..Allahyarham Pok De menelefon Faridah a.k.a Mak Jak (mesti dptkan jugak walaupun sikit sebesar ibu jari pun xpe,lepas ni kalau abg x dapat makan pun x pe janji abg dah rasa)..masih terngiang-ngiang lagi suara Allahyarham.
  • Pada majlis itu juga kami dapat berkumpul bersama semua ahli keluarga Mat2u terutama keluarga Mazlan Mat2u,Nyah Mat2u,Andak Mat2u,Maheran Mat2u,Matar MAt2u,Ghaffar Mat2u,Gayah Mat2u,Atan Mat2u,Anjang Mat2u,Alt Mat2u.Tidak dilupakan juga pertemuan bersama Malik Yasin sekeluarga,Rashid a.k.a Acid sekeluarga dan juga sahabat baru kami En.Sazly @ wakly dan isteri Qistina@Ana Hassan..
  • Ogos yang lalu,Izyan Farhani Abdul Kahar,melangsungkan pertunangannya.
  • September pula,Nur Asheena Amir Hamzah melangsung kan pernikahannya bersama Mike Oden dan pada hari yang sama Nur Mariana Amir Hamzah telah dipinang dan bertunang dengan jejaka misteri bernama Saiful..hehe
  • Oktober pula mendapat khabar gembira dengan panggilan Haji,Bonda Hajah Zainab ke tanah suci.
  • Birthday party AjaqMat2u & Nazeera AjaqMat2u diadakan pada November bersama-sama jiran2 tetangga.
  • Disember ini pula,sedang menunggu ketibaan Bonda Hajah Zainab pulang ke tanah air.
Harapan kami pada tahun baru yang akan tiba beberapa hari lagi ini,Semoga seluruh ahli keluarga Mat2u sentiasa di berikan kesihatan yang baik,dimurahkan rezeki,dipanjangkan umur serta sentiasa dilindungi dan diberkati Allah S.W.T..




Thursday, November 25, 2010

Happy Birthday Adeq..

Happy Birthday buat Eza Nazeera Bt.Abdul Razak,puteri bongsu keluarga kami yang ke 16..Semoga panjang umur & murah rezki ya...Semoga cemerlang dalam pelajaran & sehat selalu..tahun depan dah SPM,so study elok2 tau...yg penting,maintain cute selalu...Kami sayang adeq !!

Thursday, November 18, 2010

Aidiladha di dua negeri...hehe

Aidiladha kini sudah pun masuk hari yg kedua..So,nak cerita lah sikit aktiviti hari raya yg pertama..special sikit entri kali ni sbb aktiviti yg kami masukkan ni melibatkan dua tempat di Parit Halil,Johor & juga di Bintulu,Sarawak....hehe..

AKTIVITI DI PARIT HALIL..

Gambar korban ni di hantar oleh chuchu a.k.a fazilah kepada kami..aktiviti korban di rumah mentuanya,rumah pak chu lah..
iya je pak chu ni..hehehe...
ibu bersama daging korban..
deena & ayahnya...
deena nak makan sorang ke??

AKTIVITI DI BINTULU..

Berlainan dgn kami di Bintulu,malam nya kami menjemput jiran2 untuk makan malam..saja je mngeratkan hubungan silaturrahim...menu malam tu simple..nasi himpit,rendang daging,sambal kacang & satu menu baru kami,STEAMBOAT...hehe,best...Pes steamboat import dr semenanjung sbb x da jual kat sini..hehe

Menu malam tadi..
Best...(^^,)
Jiran2 yg dtg mlm td..bakal jiran pun ada jugak..
Jemput makan...
Org johor semuanya...hehe
Jiran sebelah & juga depan rumah..
Merah semua keluarga Cikgu Karim...



Wednesday, November 10, 2010

Perginya seorang insan..Haji Satar Bin Haji Mohamed..

Perginya seorang insan yang bernama Haji Satar Bin Haji Mohamed ke rahmatullah pd jam 1.30 ptg td cukup mengejutkan...Umum mengetahui papa sudah pun dimasukkan ke hospital hampir 3 bulan yg lalu..Dari pandangan mata saya ini,arwah papa seorang yang sangat di senangi,papa memang nampak garang sikit kdg2,tp papa sangat penyayang..walaupun saya hanya anak saudaranya,tp saya dapat merasa kasih sayang yg selayaknya..Dari kecik lagi memang saya da rapat dgn papa..sebelum kelahiran aisyah lagi..waktu tu mama masih lagi kerja di KL..banyak memori yang tersimpan rapi di dalam ingatan saya..Semoga roh papa dicucuri rahmat dan juga ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh..Buat mama,abg yus,abg aza,& juga aisyah,salam takziah dari kami seluarga buat mama sekeluarga..Untuk pengetahuan,baba akan pulang ke muar malam ini,dari Miri ke KL jam 0955 mlm ini dan mendarat di airport jam 1205 tgh mlm..Akhir sekali Al-Fatihah buat papa..Semoga papa tenang di sana...Kita layan gambar arwah papa yang ada slm simpanan kami..
Papa dengan adik beradiknya..
Papa dengan anak keduanya,abg aza..
sewaktu hari raya..hari raya terakhir kami bersama papa...

Dec 2009..
papa time kenduri AJAQ MAT2U jun lalu
papa sewaktu pertunangan kak shena

Sunday, November 7, 2010

Kisah semalam...

Mukah - Selangau ..Berdebu bila lori2 tanah ber lumba2 mcm F1...

Mukah - selangau

Mukah - Selangau

Mukah - Selangau

Mukah - Selangau

Mukah - Selangau

Gambo jalan diantara Selangau - Mukah

Muka driver yang tak cukup tido..pastu nak berjuang dengan jalan2 yang masih dlm pembikinan..
Dah nak balik ni..kena mi goreng dan teh o ice...

Bekas penari Maya Studio dengan gaya tersendiri..hahaha..Joking jer...walaupun letih tapi tetap ceria...

Pastikan berbungkus demi untuk mengelak dari dijangkiti habuk2 yang berterbangan..

Mentang2 baba dia ni kerja cargo lines..beg sendiri pun baba yang kena angkat..actully memang berat beg ni..hahaha

Suka nya dear...yalah nak balik rumah selama 6 bulan..makin bertambah tut..tut..heheheheh

Adeq menjadi pembantu setia..Wajib tolong

Bersemangat kakak nak balik...dengar cerita tak tido..dia tunggu kami sampai..heheheh

06hb November 2010..Kami Keluar rumah jam 5.15 pagi terus jer menuju ke Politeknik Mukah untuk mengambil putri sulung kami yang tamat sem 3 dan akan membuat pratikal di CMS Bintulu ini...

Sepatut perjalanan nya hanya kira-kira 2 jam lebih, tetapi memandangkan laluan dari selangau ke Mukah yang masih dalam pembikinan tu lah yang menyebabkan ianya mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk sampai ke bandar Mukah.pada pandangan saya jalanraya ini telah banyak improvement nya kerana masa kami menghantar shaheeda untuk pendaftaran dulu memang sedih dan amat was-was kerana tiada petunjuk untuk ke Mukah cuma berpandu kan jalan yang berlopak,berlumpur,berdebu, dengan lori2 batu, trailer, bas2 serta lori arang batu...

Terima Kasih pada Naim Cendana yang bertungkus lumus untuk menyiap amanah kerajaan ini...Cuma pesanan saya jer...lagi cepat siap lagi bagus sebab kesian tengok penduduk2, student yang nak berulang alik dari Mukah ke jalan besar selangau.

Kami sampai mukah kira jam 9.15 dan shaheeda sudah sedia menunggu dengan beg2 besar serta kotak2...maka apa lagi adeq lah yang menjadi mangsa pertama yang menngangkut bersama kakak nya...saksikan lah gambar aktiviti hari sabtu kami.....


Monday, November 1, 2010

BONDA ZAINAB MENUNAIKAN HAJI DI MECCA PART LORO ( 2 )

Semua dah keletihan kerana berlinangan airmata..sedih beb..

Bonda deena..tengah Cover line tue..heheheh

Walaupun hidung dah merah dan mata dah bengkak tapi sempat memberikan post yang istimewa...

Fozi dan faezah datang tanpa pasangan..Hanya anak2 jer yang mengantikan ayahnya...

Tengok mata mereka semua..2 baldi airmata beb...nasi tambah la tue...

Terima kasih yust kerana membantu membawa beg sampai ke pintu masuk....

Berasak-asak untuk ke pintu masuk..yang nak pergi 2 orang tapi yang mengantau nya ramailah pulak..hahaha

Semoga Bonda Zainab dan Bonda Mahnom mendapat haji yang mabrur..

Macam rosli yang nak pergi haji...hehehehe

Selamat Pergi dan Selamat Kembali..

Lepas Bersalam-salam dan mengalirkan airmata, saat untuk masuk ke pintu Check In...

Salam Semua, Dah 5 hari bonda zainab dan bonda mahnom berada di tanah suci mecca..dan petang tadi bonda zainab telah menalipon fazila di kampung mengatakan bahawa mereka berada di dalam keaadan yang amat sehat..

Kesinambungan dari cerita Part seegee, maka kami bentang kan gambar2 dan video tsunami di kelana jaya...Layannnnnnnnn........