Tuesday, June 15, 2010

Cuti2 semenanjung!!-part 2

Assalamualaikum..jumpa lagi..Entri kali ni nak kongsi sikit gambar2 persiapan majlis AjaqMat2u & juga aktiviti BBQ Mat2u..Tak dinafikan hari tu memang busy yang teramat sangat dari pagi lagi..Pagi2 dah pegi ambik seafood kat rumah abg sudin & kak in,nasib baik da siap siang,hehe,Terima Kasih bebanyak..Ptg tu,memang busy,kecoh jugak lah rumah atok..Dah lama x rasa meriah mcm ni,ada je benda nak di story2..hehe..yang kat luar rumah pulak dah sibuk nyalakan api BBQ(diketuai oleh abg apis & kak anom) & juga pasang set karaoke utk mlm nya..Untk part yg seterusnya kita sambung perihal mlm tu pulak yer..hehehePelapis2 DaGorgeous Mat2u ni..hehehe..kecuali si Baby Ari tu..hehe
Serius nampak...
Sibuknye baba dgn abg aza..sampai berpeluh-peluh..
Door Gift untuk kenduri..Next part kita cerita detail pasal ni..hehe
Along lin & kak Noli membasuh burung puyuh..hehehe..
Mama & Mak x menang tgn ptg tu,memng busy memanjang..
Mak Long a.k.a mak Bonda sibuk menyiang sotong bersama kak Awin..hehe
Wuhoo..hehe
Nek Minah yang memang dah lama kami x jumpa..
Apa yang diborak abg atip dengan baba ni..Maklumlah lama x jumpa..
Makan pon mau posing ka???
Ni mcm mne boleh tebalik pulak ni..ptut nya adik yg psg langsir la...baba menunjukkan kemahiran pasang langsir..hahaha...

Sunday, June 13, 2010

Cuti2 Semenanjung!!-part 1

Assalamualaikum..hehehe,,,lama x update nih..Sorry2 sangat2 sebab byk hal yg perlu di settle kan..hehe...entri kali ni kami nak share cerita2 kami time mula2 sampai kat muo..kira byk 'part' jugak lah...hehehe..Flight kami delay sikit hari tu,jadi 7.20 pm baru blepas dari bintulu ke KL..Sampai je dekat airport,kakak ku sayang iaitu kak ida ambik kami..Destinasi kami setibanya kat Kl ialah umah papa usu,nak tengok Aboy..Dalam pkul 12.30 pagi kami bertolak pulang ke muo..x sabar nak jejak kaki kat umah atok..Dgn kebolehan kak ida setaraf F1 kalau driving,kami pun sampai lah ke muo dalam pkul 2 pagi lebih kurang lah..hehe..Kita layn le gambo2 ni dulu...the next part kita cerita lagi..
x tengok kiri kanan miss presiden ni makan buah mangga kat umah papa...hehehe
Aboy the teng2 boy..hehehe,,,da sehat.,alhamdulillah...
Dua beradik sorang di Adela,sorang di Bintulu,tapi kalau da jumpa memang gempak lah jawabnyer,,,
Best dapat lepak sesame mcm nih..potong bwg!Adik nangis...hahahaha
Sampai terkelip mata zahirah time mengaji dengan nenek...
Pn.Nliza mahzan dengan En.Azman khusyuk tengok tv...
Dua beardik jauh di mata dekat di hati..hehehe
Tok Ajaq's & Dzaqwan Rifqi...
Buah mangga depan umah atok..Rezki2...hehehe

Tuesday, June 1, 2010

Balik Kampung part 4

Balik..Balik..Balikk...

Mukadimah hari ni 01/06/2010...ada lah balik ke semenanjung Malaysia...Rasanya macam dah tak sabar sangat tapi apa bole buat bukan driving...kalau lah bole driving malam semalam dah gerak macam selalu2 tu..Apa aktiviti bila balik kampung ..perh..memacam telah direncanakan, yalah bukan tiap-tiap bulan bole balik..Aturcara Semasa kami nanti...

a) Turun jer dari flight dah tentulah jumpa anak sedara kesayangan yang banyak berjasa
pada keluarga kami iaitu Rashidah..
b) Lepas tu plan nak pegi ziarah Aboy yang kemalangan tempohari..
c) Terus balik ke Muar dan ambik keta MAN NOLY untuk Jumpa Mak yang telah lama kami
tinggalkan
d) Pagi esok nya pulak, perancangan anak2 nak makan sate dan mi rebus kat bandau..
e) Dah makan breakfast terus balik Aytam nak jumpa Mak Mertua pulak..Dia tak tau yang
kami balik........ Suprise lah katakan
f) Lepas banyak lagi perkara2 yang kami kena buat sepeti mebeli keperluan untuk majlis
kesyukuran kami dan majlis BBQ.
g) Ada Pulak Majlis perkahwinan Staff di Segamat..kena pegi lah pulak pada hari Ahad tu 06/06
sama pulak hari Aqiqah anak acuk ngan ajeem...kena adjust mcm mana...
h) Kalau tiada aral melintang hari ahad tu gak chu chu buat majlis harijadi anaknya...Deena
yang ke 7...memang tight betul..insyallah kami akan cuba penuhi kehendak mereka semua.
i) Memancing...ingatkan nak payung pok su kat kolam bagan tu..kalau dia adalah, tapi kalau
pegi ngan roslee jer lah..
j) Ooh..chu chu nak belanja makan2 kat Batu pahat..best2..yang ni tak bole ditolak..
k) Ari tu noli cakap nak lawan Boling..jadi ker???..kitaorg memang terror kalau bola masuk parit..hahaha.

Nanti sambung lagi..tak mandi lagi nie..hahahaha

P: MAJLIS BBQ- IDAH & NORLY yang akan uruskan

Wednesday, May 26, 2010

Balik Kampung Edisi Ke-3


Assalamualaikum..Dah lama tak update blog ni..So,sebelum dicop sebagai blog bersawang baik di update dulu..hehe..Tak lama je lagi kami akan pulang ke kampung halaman..Dah tak sabar rasanye nak jejak kaki ke semenanjung...Kepada kaum keluarga,tunggu je ok..Kami balik 1 jun ni..Nanti mula lah aktiviti packing barang..hehe...Banyak beg ke tidak ye..Tunggu & lihat je..

Saturday, May 15, 2010

Balik Kampung??? Ye ker...Tak Caya ..Part 2


Salam Semua, hari ini dah 15hb May 2010, itu bermakna tinggal 16 hari lagi kami akan balik Ke Kampung untuk menziarahi kedua ibu serta abang2 dan kakak tak juga pada anak2 sedara dan sewaktu dengan nya..

Semangat untuk balik kali ini pun agak menebal kerana dah dekat 6 bulan tidak mencium tangan kedua ibu...Sedih beb...seperti perpatah hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri..baik hujan emas bole gak kita jual..hahahaha..

Balik Kampung part 3 akan menyusul..tunggu..tunggu

Balik

Tuesday, May 11, 2010

Balik Kampung ???? Betul !! Kenapa x caya ke??

Ehem,, nak bagi tau ni.. 1 Jun 2010 kami balik kampung Muar, Johor... Kepada keluarga Mat2U, Tok Nab Aytam & Tok Chu,, tunggu kepulangan kami yer.. Disini juga kami ingin mengalu-alukan kehadiran anda semua pada Sabtu 5 Jun 2010.. Pada hari Sabtu tersebut,, kami telah merancang untuk mengadakan kenduri kesyukuran yang akan diadakan di rumah Puan Hajah Ramlah, senang cerita rumah atok kita semua ler.. Kat mane??? tak kan tak tau... Dekat Batu 5, Bakri lah... So,, harapan kami semoga Allah swt merestui perancangan dan hajat kami ini.. Kehadiran anda semua akan dapat memeriahkan lagi majlis tersebut...

Saturday, May 8, 2010

Selamat Hari Bonda Puan Hajah Ramlah Binti Hassan & Puan Zainab Binti Mintol



9 Mei 2010 merupakan Hari Bonda SeMalaysia dan Sedunia yang disambut setiap tahun. Oleh itu, AjaqMat2U dengan berbesar hatinya mengucapkan Selamat Hari Bonda buat Puan Hajah Ramlah binti Hassan. AjaqMat2U berdoa agar Bonda sihat sejahtera dan dipanjangkan umur. Kami sentiasa mengingati segala jasa dan penat jerihmu untuk membesarkan kami. Tiada dapat kami membalasnya hanya Allah swt sahaja yang dapat membalasnya. Kami sentiasa mendoakan kebahagianmu.


AjaqMat2U juga ingin mengucapkan Selamat Hari Bonda kepada Puan Zainab Binti Mintol. Semoga Bonda dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta mendapat kesihatan yang sempurna.