Saturday, November 14, 2009

HOD MEETING


Salam Hormat..
Posting hari ini cuma nak memberitahu Keluarga semua bahawa JURIBLOG akan menghadiri mesyuarat syarikat Di Shah Alam pada 16-18 Nov 2009.dan akan balik ke Bintulu pada 19 Nov jam 11.30 Pagi..
Dengan itu JURIBLOG akan berlepas dari Bintulu pada hari Ahad ini 15 Nov 2009 jam 2.30 petang dengan penerbangan MAS.. So, dalam minggu ni Blog AJAQMAT2U dah tentu lah bersawang..maafkanlah kami..

Memandangkan waktu mesyuarat amat ketat dan padat maka andaikata blogger2 mat2u ingin bertemu sila SMS jer berkemungkinan kita semua bole berjumpa pada waktu malam...

Sekian

Wassalam

Tuesday, November 10, 2009

DAN TUNAI ATAU SEMPURNAKANLAH IBADAT HAJI DAN UMRAH KERANA ALLAH 'Surah Al-Baqarah ayat 196'

Sentiasa berdoa agar suatu hari nanti kami pun akan dapat mencium hajarul Aswad,sebiji permata putih yang diturunkan oleh ALLAH SWT dari langit ke Jabal Qubais..

Betapa Indahnya.....

Matar Bin Haji Mohamed & Azizah Bte Mohd

Puan Maheran Binti haji Mohamed

P/s : Gambar kak Kiah tiada dalam simpanan


'LABAYK ALLAH HUMMA LABBYK, LABBAYKKA LA SYARIKALAK LABBAYK, INNAL HAMDA WA AI NI' MATA LAKA WA AL-MULK, LA SYARIKALAK'

Tanggal 23 Zulkaedah 1430 Hijriah bersamaan 11 November 2009 Jam 0300 pagi Insyallah
dengan menaiki penerbangan KT 63 maka saudara-saudara ku ini akan berlepas untuk menunaikan Haji.

Kepada Puan Siti Maheran, En Matar,Puan Azizah serta Puan Kiah, Kami Sekeluarga mengucapkan selamat mengerjakan ibadah Haji.Semoga ALLAH SWT sentiasa memelihara & melindungi anda semua semasa Di Kota Suci Mekah dan selamat kembali ke Malaysia Bumi bertuah ini...

Saturday, November 7, 2009

MATCH OF THE WEEK CHELSEA VS MANCHESTER UNITED

Stadium Keramat Chelsea..Stamford Bridge...Stadium yang kurang bertuah untuk ManchesterUnited.. Betul ker..He.He.He..

THE BLUES.........Logo makhluk yang membawa Kunci Istana..
Man U ni lagi Ganas..THE RED DEVILS...

Pemain Chelsea Dengan Bergaya nya..

Man U pun bergaya gak..tapi Amri Yahya bole skor gol masa lawan Malaysia bebaru ni..
Tak lah terrer sangat Man U ni rupanya..he he he


Drogba Penyerang sensasi yang akan merobek gawang Man U..Bravo drogba

Semua kenal player ni kan..Napas dia ni mcm kuda..stamina dia wa respek beb..

Do re mi....Gang Chelsea yang membahaya ni...

Penyerang yang lincah tapi kurang berbahaya..tapi kalau tak lincah dia memang bahaya..eehh apa aku cakap ni..ahh tengok je lah..

Master mind Chelsea.. Lampard pemain yang matang..John terry ni pulak kalau
penalti jangan bagi kat dia jarang masuk...


Bila dah pencen nanti, bole lah nani kerja dengan sarkis....JAQMAT2U ada buat mcm ni masa masa main takraw..masa tu size pinggang 26 jer..sekarang ermmm....

Ballack Cool player..kira kalau kat Malaysia ni mcm Indera putra lah...

Ni wa pun Hero ni...Suka gaya dia.. walaupun umur dah banyak tapi
setiap game dia akan turun..

Striker Islam,Anelka..Penyerang diam-diam ubi ni..Slow tapi Berbahaya ni..

Tahniah kepada Wan Jamak kerana Menjadikan Negri Sembilan sebagai Juara Piala Malaysia..setelah 61 tahun gagal untuk menjulangnya..Walaupun game dicemari dengan dentuman mercun dan 2-3 kebakaran kecil namun Negri Sembilan tetap Juara..

Hari ini Jam 1600pm waktu tempatan diaorang lah, dua pasukan gergasi EPL akan berentap untuk untuk mendapatkan 3 mata yang amat berharga untu mereka...

Seperti Biasa AJAQmat2u sebagai blog rasmi rakan sukan untuk keluarga memosting kan gambar2 pemain2 untuk kedua-dua team untuk tatapan kita bersama..

Pastikan team yang baik saja yang akan menang..Cif Insp Roslan, Yus, Shaheeda, muheed,awang adalah fan setia Man U sementara Nazeera pula Chelsea Fan...AJAQmat2u pun jadi lalang untuk sokong Chelsea..He.He.He.

So, kepada peminat2 EPL sokong lah team anda dan jangan bawak mercun dalam stadium...

Friday, November 6, 2009

Menyokong Negri Sembilan Kerana Wan Jamak Wan Hassan tu Duapupu AJAQMAT2U....

Vs




Sathia ni pun bagus jugak ni.....ngeri wa beb

Wan Jamak Wan Hassan..duapupu wa beb...
Tinggal 24 jam lagi 2 pasukan akan berentap untuk menjuarai Piala Malaysia...
Negeri Sembilan dan Kelantan

Team kami sebenarnya Selangor tetapi alangkah sedih nya bila Selangor Darul-Ehsan gagal Ke Final..tapi respek jugak lah pada Devan kerana dapat 3 piala...Satu lagi nak respek kat amri yahyah menantu Dato Satim ni...cause Jaring kan gol masa Malaysia Lawan Manchester United..bukan calang2 gollie..Van der Sar Beb

Tak lah terrer sangat Manchester tu rupanya.. Cif Insp Roslan, hari ni kita posting bola Malaysia..tapi malam esok lepas game garenti blog AJAQMAT2U ni akan menjadi lagi Panazzzz....

Okay bebalik pada team final Piala Malaysia esok, Kami memang akan menyokong Negri Sembilan KERANA Wan Jamak Wan Hassan tu 2pupu AJAQMAT2U..Alah Mak Timah tu Sepupu Mak lah...

So, Kepada semua peminat Bolasepak Di Malaysia ini Sokonglah Negri sembilan..

Hoben jang Hoben...

Pesanan..Jangan lah bawak Mercun dalam Stadium, Mintak Pasukan keselamatan ketatkan kawalan....

Tuesday, November 3, 2009

SEMOGA PUAN ASPAWATY SELAMAT MENJALANI PEMBEDAHAN




AJAQMAT2U SEKELUARGA MENDOAKAN AGAR PUAN ASPAWATY SELAMAT MENJALANI PEMBEDAHAN UNTUK BABY KE 2 NYA...SEMOGA ALLAH SWT SENTIASA MELINDUNGI DAN MEMBERI KEKUATAN KEPADANYA

Monday, November 2, 2009

SELAMAT HARI LAHIR UNTUK HAJAH HASNAH ABU BAKAR.

Kek ni kat Bintulu jer ada, kalau nak kena datang Bintulu la....

Ni lah isteri mithali..Bersih kawasan laman rumah nya..Beriadah kata nya...Tapi mana
S.Atan ya..hehehehe



Pasang Bahagia Tuan Haji Mohamed Satar & Puan Hajah Hasnah Abu Bakar..


03 NOVEMBER 1951, LAHIR LAH PUAN HAJAH HASNAH ABU BAKAR KE BUMI ALLAH SWT INI..MAKA PADA HARI INI IAITU 03 NOVEMBER 2009 GENAPLAH 58 TAHUN UMURNYA..

WALAUPUN DAH OTAI TAPI MEMANG ALLAH SWT CIPTAKAN HAJAH HASNAH NI DENGAN PELBAGAI KEISTIMEWAAN..CONTOHNYA..DAH SAMPAI KE MEKAH UNTUK MENUNAIKAN HAJI, MASIH CERIA DAN SUKA BERGURAU SENDA DENGAN ADIK2 IPAR DAN ANAK2 SEDARANYA..

MASIH BOLE MENOLAK MESIN RUMPUT WALAUPUN ITU KEJA LELAKI..SUKA BERKEBUN WALAUPUN PERNAH BERKERJA DI HOTEL 5 BINTANG..


TAPI YANG PALING BEST SEKALI MENJAGA MAK DI KAMPUNG,

TERIMA KASIH KAMI UCAPKAN KEPADA KAK SENAH DAN ABANG UDA KERANA BANYAK JASA BELIAU KEPADA KELUARAGA KAMI..HANYA ALLAH SWT SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA..AMIN

DIKESEMPATAN INI KAMI SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT ULANG TAHUN YANG KE 58 SEMOGA SENTIASA DI PELIHARA

ALLAH SWT.

Saturday, October 31, 2009

HAPPY BIRTHDAY MAK LONG!

Entri kali ni,saya Gorgeous Eza Shaheda Bt.Abdul razak diberi peluang untuk berceloteh panjang..Pertama sekali,Selamat Hari Lahir buat bonda kepada Presiden GORGEOUS MAt2U,Puan Latifah bt.Hj Mohamed atau lebih dikenali sebagai Long Gayah dikalangan keluarga Mat2u...Semoga di panjangkan umur,dimurahkan rezeki dan bahagia disamping keluarga yang tersayang..Kami di sini memohon maaf kerana tidak dapat bersama-sama keluarga Long Gayah mat2u untuk meraikan sambutan ulangtahun kelahiran beliau di Man Chalet..Tetapi kami tetap mendoakan agar beliau sihat selalu dan diberkati ALLAH S.W.T..Segala kasih sayang yang beliau curahkan sejak Baba dilahirkan,berumah tangga bersama mak kami hinggalah kepada kami,shaheda&nazeera amatlah dihargai dan kami rasa kami tidak mampu membalasnya..Banyak kenangan bersama yang dilalui akan kami kenang sampai bila2...Memori bersama beliau bersama arwah suami beliau,Allahyarham Mahzan a.k.a Pak Long Mahzan sentiasa bermain di kotak memori saya.Teringat lagi zaman kanak2 saya yang selalu indah apabila diberi peluang untuk merasai kasih sayang bersama keluarga beliau apabila balik kampung....Sehingga sekarang ini pun,kami tetap singgah ke rumah beliau walaupun hanya setengah jam hanya untuk melepaskan rindu terhadap beliau..Personaliti beliau telah membuktikan keupayaan beliau sebagai seorang ibu,kakak,adik dan juga anak perempuan keluarga MAt2u..Akhir kata,saya mewakili keluarga AjaqMat2U,mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat Mak Long kami yang tersayang,semoga kekal cute selalu..hehehe...

Wednesday, October 28, 2009

INI LAH HALA TUJU ABOY JIKA INGIN BERJAYA

Kalau Dah Lulus SPM Nanti, bukan Gua Niah je bole masuk.. Kalau nak pegi Bandung pun mama bole bawak

Aboy lah harapan Mama..Jangan jadi MACAM angah baru kerja dah nak kawin..la la la.

Kalau teringin sangat nak motor ni..kena lulus..masuk U..Kerja Bagus..baru dapat..

INGAT SENYUM NI SUKA KER..DALAM HATI TUHAN JE TAU...
BERDEBAR2 NI TAU...SENYUMAN UNTUK ABOY


Posting kali ini sudah tentu tiada siapa yang akan menjangkakan...Inilah satu-satunya anak lelaki Pak Usu dan Mak Usu yang akan mengambil SPM pada tahun ini.Sebagai pak sedara dah tentu kami mengharapkan agar anak-anak sedara semua lulus dengan cemerlang..bukan untuk kemegahan sendiri tapi untuk kemegahan keluarga mat2u...

Harapan kami agar aboy dapat menumpukan sepenuh perhatian disaat-saat akhir menjelang peperiksaan yang hanya tinggal beberapa hari lagi..rasanya ada masa lagi untuk menjenguk fakta2 penting dalam setiap mata pelajaran..

Pak Jak,Mak Jak,Kak Shaheeda & Endik Mendoakan agar aboy berjaya dengan cemerlang..

SENTIASA LAH BERDOA KE HADRAT ILAHI SEMOGA MEMBERIKAN ABOY KETENANGAN DAN MEMUDAHKAN UNTUK MENJAWAB SOALAN..