Friday, February 5, 2010
SELAMAT ULANG TAHUN KE 54
Kehadapan ayah anjang ku yang di kasihi, (wah,macam nak tulis surat lah pulak) hahaa..Selamat Menyambut Hari Lahir yang ke 54..Semoga panjang umur & murah rezeki,sihat sentiasa kehendak nya..Walaupun usia sudah melewati 50-an..Ayah tetap Raja Lawak Keluarga Mat2u (kalah Idlan tau pon pon) heehe...Kami berharap semoga ayah bahagia di samping keluarga & menantu konon nya..(^^,)
Sunday, January 31, 2010
Selamat Hari Lahir Mama Ani!!
Friday, January 29, 2010
ALHAMDULILLAH
AJAQMAT2U amat bersyukur kerana BLOGMASTER dah pulih sediakata dan kembali Normal..
So pabila Blogmaster dah sihat maka tak lah bersawang mawang Blog MAT2U..He He, Apa-apa pun kami menasihatkan agar Blogmaster jaga kesihatan...
Saturday, January 23, 2010
SULTAN JOHOR MANGKAT
22 FEB 2010, Jam 7.15 petang, Mangkatnya Sultan Iskandar Ibni Sultan Ismail di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru di Usia 77 tahun. Sebagai Rakyat Johor,Kami amat bersedih atas kemangkatan nya..AJAQMAT2U ingin mengambil kesempatan ini untuk meyampaikan salam takziah kepada Sultana Zanariah serta Putera dan puteri nya. Doakan agar roh tuanku ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..AL_FATIHAH
Thursday, January 21, 2010
KENANGAN MENGUSIK JIWA....BERSAMA SUKU KAUM NEGRITO,POS SG.TIANG,TEMENGGOR,GRIK,PERAK 00'
Nama abang ni Beringin.Orang Asli Suku kaum Negrito Pos Sungai Tiang,Grik Bersempadan dengan Thailand ni...Nak Masuk tempat ni kena submit ic pd tentera..
Keselamatan tetap diutamakan...Terima Kasih Poksu Kerana Baju SSFC ni.Muka pun dah macam orang ashli..hehehehe
Untuk mengelakkan dari di katakan rumah AJAQMAT2U bersawang,sepantas dan secepat kilat menupdatekan blog ini...So Kita imbau gambau kenangan sewaktu Ajaqmat2u membanting tulang untuk mencari nafkah...Betapa peritnya kehidupan Ajaqmat2u masa itu...Pengalaman ini mungkin tidak akan dapat pada kalangan keluarga Mat2u.Pengalaman yang amat bernilai...
Tuesday, January 12, 2010
Happy Birthday Ct Chah
Sunday, January 10, 2010
LAGI DAN LAGI WARGA MAT2U BAKAL MENJADI PENDIDIK...
Hari ini keluarga AJAQMAT2u amat gembira kerana menerima satu lagi berita baik untuk keluarga Mat2u pada awal tahun 2010 ni...
Anjangmat2u telah menalipon kami untuk memberitahu yang Puteri sulung mereka yang baru jer bertunang pada bulan december yang lepas dengan Mr Nur 'Mike' iaitu Asheena akan mendaftarkan diri ke di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban pada 18hb January 2010... Sheena dijangka akan berada disana selama 6 bulan ada selepas pratikal selama 3 bulan baru lah dia akan di Postingkan...Kalau Dihantar Di Bintulu ni.... Padang Muar Club kami tadahkan...Hahahaha.
So, dalam family mat2u, warga pendidik dah mula menguasai bidang ini selepas Forwarding, banking, contractor.dll...
Contoh warga mat2u yang berjaya menjadi pendidik seperti Cikgu Enon, Cikgu Seri, Cikgu Mazuin,Ustaz Ahmad Ismail,Puan Aisha Ali.
Harapan Ajaqmat2u agar Next generation ramai lagi warga mat2u akan menjadi pegawai-pegawai yang berpangkat lebih tinggi dalam sektor Kerajaan...
Doa dari Ajaqmat2u Semoga Sheena Akan berjaya dalam bidang yang diceburi ini....
Wassalam
Wednesday, January 6, 2010
kemas2-episod 2
Jumpa lagi kita..Kali ni nak sambung lah sikit story time balik cuti hari tu..Biasalah,kalau dah balik sekali-sekala ni,macam2 gambar nak di upload..So,kena lah ikut turutan sikit2..hehe..layan je lah gambar2 ni..
Wan zahirah pun main buaian jugak..ingat cucunya je yang main buai ni..Tak pe lah wan,bukan selalu pun..
Posing giler..Semua senyum cover mulut,kecuali mak saya..hehehe..Tgh tgu suami2 menebang pokok ni..Abg Nyai je yang tak ada..Baru balik keje & temankan zahirah kat rumah..
Tolong-menolong amalan mulia..Hehe,Pok De mintak tolong adik2nya tebangkan pokok kat belakang rumah dia..So,adik2 dia pun pergi lah tolong..
aboy pun turut memainkan peranan sebagai pembantu dalam aksi tebang-menebang ni..
ok lah,ni nak tunjuk sikit cara-cara makan ulam kacang botol sewaktu darurat..(konon-konon lah)..hehe
pertama,pilih2 sikit,mana yang dah boleh makan..Yang cantik2 & sedap sikit lah senang cerita..
lap-lap sikit,buang habuk yang melekat..
Last skali,ngap!Makan..hehehe,Tapi yang paling penting,topi bomba tu tak tinggal tau...
dah lama tak jumpa,macam-macam nak di story..hehehe..
Posing2..eh,ada baba rupanya kat belakang tu..hehehe..
ok lah,ni nak tunjuk sikit cara-cara makan ulam kacang botol sewaktu darurat..(konon-konon lah)..hehe
Subscribe to:
Comments (Atom)









