Friday, January 1, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010


Selamat tahun baru 2010 di ucapkan buat semua warga MAT2U yang di sayangi..Semoga tahun 2010 ini bakal membawa 1001 rahmat buat diri kita semua..Kami juga ingin meminta maaf sekiranya ada salah silap sepanjang tahun 2009 yang lalu..Semoga tahun 2010 ini kita dapat mengeratkan hubungan silaturrahim kita yang selama ini telah pun terjalin kukuh..Seperti yang sudah dimaklumkan oleh blogmaster sebelum ini,tahun 2009 menyimpan segala memori suka duka kita semua..Bagi keluarga kami di BINTULU ini,kami dapat berkongsi kegembiraan keputusan PMR adik saya yang berjaya mendapat 6A hasil usaha sendiri..Tahun 2009 juga menukar status saya dari pelajar sekolah ke pelajar POLITEKNIK MUKAH..Dan buat keluarga Mat2u pastinya tercatit segala memori yang akan tertanam kukuh dalam minda kita semua..Semoga tahun 2010 yang sudahpun menjelma ini memberikan kita semua kebaikan yang berterusan,dimurahkan rezeki yang halal,dipanjangkan umur serta di berkati ALLAH yang maha ESA..INSYALLAH..

No comments:

Post a Comment